Sunday, May 07, 2006

11 MEI SEMAKIN HAMPIR

Semakin hampir 11 Mei 2006, semakin sibuk persiapan menghadapi ulang tahun ke-60 tertubuhnya UMNO. Bandaraya Johor Bahru sudah kelihatan meriah diwarnai dengan bendera UMNO dan rambu panji-panji (bunting) perayaan tersebut. Di halaman Istana Besar Johor, tempat perhimpunan raksaksa, sudah terdiri khemah-khemah, sementara Dewan Jubli Intan dan Pasaraya Angsana sudah bermu apersiapan untuk pameran. Para pelakon teater Balada sang Adiputera sedang rancak mengadakan latihan di Yayasan Warisan Johor.

Menjelang majlis besar dan penting ini, izinkan saya memetik sebahagian sajak Balada Sang Adiputera karya Zam Ismail yang dijadikan tema teater bagi tatapan umum:

Sebuah gagasan bernama Malayan Union
binaan sang penjajah dan penjarali
dikuburkan tanpa keranda
dan linangan air mata.

Sebuah persetian pun termeterai
mengembalikan kedaulatan memperteguh wawasan
sebuah bangsa yang hampir pupus
sebuah tamadun yang mula lupus
kembali berdiri megah
mengebarkan bendara putih merah
dengan keris terhunus
pada bulatan warna kencana.

Di sinilah di tanah ini
segala-galanya bermula.
Bendera terus berkibar
ikatan terus padu
menjadi tunggak sebuah bangsa
sebuah negara merdeka.

dan dialah Sang Adiputera
anak watan pembela bangsa.

Wednesday, May 03, 2006

SAJAK "DATO ONN'

Pada 11 Mei 2006 genap 60 tahun usia UMNO, yang ditubuhkan pada 11 Mei 1946. Dato' Onn Jaafar dipilih sebagai Presiden pertama pertubuhan itu. Satu perhimpunan raksaksa akan diadakan pada hari tersebut di Istana Besar Johor.

Pada 19 Januari 1962, Dato' Onn meninggal dunia dan jasadnya disemadikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru. Di Parlimen pada 22 Januari 1962, Tunku Abdul RahmanPutra mengungkapkan kata-kata ini: "Almarhum (Dato' Onn) adalah seorang pejuang, seorang pahlawan yang tidak ada tolok bandingnya."

Usman Awang pula mengungkapkan pandangannya terhadap Dato' Onn melalui sajak berikut:

DATO' ONN

Ketika mendengar berita itu
(malam aku di muka radio)
hujan menerjah dinding jendela
aku tunduk mengingatmu.

Aku tau sedu di Tambak Johor
suaramu bicara di ruang istana
tegas tanjak menyosong angin
keris bersilang bendera kuning.

Tapi siapa akan lupa, tanyalah
anak-anak yang sekarang jadi dewasa
gemparnya MacMichael di bumi bertuah
menyababkan namamu harum di lembah.

Meski kita berlainan biccara
dalam kenangan namamu terpaku
jasa naktimu hidup selama
meski kerenda diranap sepi.

Tegak tanjak ketinggalan jejak
bendera kuning kehilangan lonjak.

Tuesday, April 25, 2006

PENGIKTIRAFAN SEMAKIN HEBAT

Sejak Program Dato' Onn Pengasas Sebuah Negara Bangsa dilancarkan, kesedaran terhadap peranan Dato' Onn sebagai pejuang bangsa semakin memuncak. Perhimpunan di Batu Pahat pada 26 Februari 2006 sebagai titik tolak yang amat baik. Diikuti pula dengan seminar Pemikiran Dato' Onn di KUiTTHO Batu Pahat pada 18 Mac, yang turut mengemukakan Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam dan Profesor Dato' Dr. Syed Hussein Al- Attas sebagai pembicara utama.

Pada 11 Mei 1946 UMNO ditubuhkan dengan Dato' Onn sebagai Presiden pertama. Pada tarikh yang sama tahun ini, sambutan 60 tahun penubuhan UMNO diadakan di Istana Besar Johor, Johor Bahru dengan acara sambutan yang dijangka hebat. Perhimpunan 20,000 orang bukan sahaja akan dihadiri oleh para pemimpin UMNO peringkat tertinggi, termasuk YAB Perdana Menteri, tetapi juga akan menerima daulat dengan keberangkatan DYMM Sultan Johor. Besar kemungkinan siaran langsung TV akan dipancarkan untuk perhimpunan tersebut. jangan ketinggalan menyertai perhimpunan bersejarah ini.

Sempena sambutan itu, pameran perjuangan UMNO akan diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru dan pameran perjuangan Dato' Onn di Pasaraya Angsana, Johor Bahru.

Satu persembahan teater Balada Sang Adiputera akan diadakan di Stadium Tertutup Johor Bahru.

Bacalah akhbar-akhbar Berita Harian pada 26 dan 30 April serta 1, 4, 7 dan 9 Mei, dan Utusan Malaysia pada 27 dan 29 April serta 2, 5, 8 dan 10 Mei yang akan membicarakan perjuangan UMNO.

Sunday, March 19, 2006

PERHIMPUNAN YANG BERJAYA

26 Februari merupakan peristiwa penting dalam Program Dato' Onn Pengasas sebuah Negara Bangsa. Segala-galanya berjalan sebagai yang dirancang. Hujan lebat pada pagi itu amat mencemaskan, tetapi menjelang tengah hari hujan sudah berhenti sama sekali.

Bangga melihat puluhan ribu umat Melayu lelaki dan perempuan mengenakan baju kurung Teluk Belanga lengkap memenuhi jalan-jalan raya sekitar Bandar Penggaram, berarak dan kemudian berhimpun di Dataran Batu Pahat, mendengar amanat YAB Menteri Besar Johor dan YAB Perdana Menteri Malaysia. Dianggarkan seramai 20,000 orang semuanya.

Bayangkan betapa hebatnya Dato' Onn 60 tahun yang lalu (pada 10 Februari 1946) berupaya mengumpulkan sejumlah umat Melayu seramai 15,000 orang mengadakan perhimpunan sedemikian. Dengan kemudahan komunikasi yang amat terhad, dengan keadaan ekonomi orang-orang Melayu yang masih malap, dengan kemudahan perhubungan dan pengangkutan yang terbatas, Daato' Onn dapat menarik sebegitu ramai umat Melayu berhimpun bagi menunjukkan semangat perpaduan.

20,000 orang yang hadir pada 26 Februari 2006 itu sebahagian besarnya disediakan pengangkutan, imbuhan dan makan percuma. Setengahnya disediakan uniform khas percuma, sekadar untuk menyanyikan dua buah lagu. Ahli Jawatankuasa Induk mendapat hadiah sehelai kain untuk sepasang baju kurung Teluk Belanga. Aku terdetik dalam hati: "Adakan amalan yang serupa itu berlaku 60 tahun yang lalu?"

Siapa yang boleh memberi jawapan?

PERHIMPUNAN YANG BERJAYA

26 Februari merupakan peristiwa penting dalam Program Dato' Onn Pengasas sebuah Negara Bangsa. Segala-galanya berjalan sebagai yang dirancang. Hujan lebat pada pagi itu amat mencemaskan, tetapi menjelang tengah hari hujan sudah berhenti sama sekali.

Bangga melihat puluhan ribu umat Melayu lelaki dan perempuan mengenakan baju kurung Teluk Belanga lengkap memenuhi jalan-jalan raya sekitar Bandar Penggaram, berarak dan kemudian berhimpun di Dataran Batu Pahat, mendengar amanat YAB Menteri Besar Johor dan YAB Perdana Menteri Malaysia. Dianggarkan seramai 20,000 orang semuanya.

Bayangkan betapa hebatnya Dato' Onn 60 tahun yang lalu (pada 10 Februari 1946) berupaya mengumpulkan sejumlah umat Melayu seramai 15,000 orang mengadakan perhimpunan sedemikian. Dengan kemudahan komunikasi yang amat terhad, dengan keadaan ekonomi orang-orang Melayu yang masih malap, dengan kemudahan perhubungan dan pengangkutan yang terbatas, Daato' Onn dapat menarik sebegitu ramai umat Melayu berhimpun bagi menunjukkan semangat perpaduan.

20,000 orang yang hadir pada 26 Februari 2006 itu sebahagian besarnya disediakan pengangkutan, imbuhan dan makan percuma. Setengahnya disediakan uniform khas percuma, sekadar untuk menyanyikan dua buah lagu. Ahli Jawatankuasa Induk mendapat hadiah sehelai kain untuk sepasang baju kurung Teluk Belanga. Aku terdetik dalam hati: "Adakan amalan yang serupa itu berlaku 60 tahun yang lalu?"

Sunday, February 19, 2006

PERHIMPUNAN SEMAKIN HAMPIR

26 Februari semakin hampir. Hati semakin berdebar. Doa dipinta agar hari bersejarah itu berhasil bukan sahaja melakar kenangan yang abadi dalam lipatan perjuangan orang Melayu, tetapi juga menjadi asas gerakan terancang dan bersepadu memerkasa orang Melayu membina tamadun bangsanya. Apalah ertinya 10,000 atau 20,000 orang Melayu berhimpun dan berarak sepanjang petang, sedangkan natijahnya sekadar majlis manis yang acap terucap di hujung bibir. Menjelang petang, menjelang esok hari, menjelang minggu dan seterusnya menjelang tahun, orang Melayu tetap masih macam dahulu. Orang Melayu masih tetap di takuk lama.

Berita Minggu 19 Februari menyiarkan rencanaku tentang perjuangan Dato' Onn dan majlis memperingatinya yang akan diadakan 26 Februari 2006 itu. Sajak Haji Abdullah bin Dato' Haji Mohd. Noor, salah seorang Ahli Jawatankuasa Induk turut disiarkan. Hari ini berita yang sama tersiar di Harian Metro, mengandungi seruan Pengerusi Jawatankuasa Perhimpunan, YB Saudara Samsul Bari Jamali meminta umat Melayu Johor turut meraikan hari bersejarah itu, dan menghayati amanat dua pemimpin terkemuka negara - YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan YAB Dato' Haji Abdul Ghani Othman.

Jadi, jangan lupa kita bertemu di Batu Pahat, 26 Februari 2006 ...

Monday, February 06, 2006

PERHIMPUNAN BESAR MELAYU

WAHAI ORANG MELAYU, DATANGLAH BERAMAI-RAMAI KE BANDAR PENGGARAM, BATU PAHAT PADA 26 FEBRUARI 2006. PADA PETANG ITU KITA ADAKAN PERHIMPUNAN RAKSAKSA ORANG-ORANG MELAYU. KITA PAPARKAN PERPADUAN MELAYU, KITA TEGUHKAN MUAFAKAT MELAYU. KITA SAMBUT KEHADIRAN YAB DATO' SERI ABDULLAH AHMAD BADAWI, PERDANA MENTERI KITA DENGAN PENUH PENGHORMATAN. KITA GEGARKAN BATU PAHAT DENGAN LAUNGAN "HIDUP MELAYU". Pada hari itu, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor akan memaparkan semula (re-enact) perisiwa 10 Februari 1946. Apakah peristiwa itu? (Kalau ada kesempatan, semak kembali berita di Berita Minggu, 5 Februari 2006, halaman 5, berhubung perkara ini berdasarkan kenyataan YAB Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Pengerusi Badan Perhumpunan UMNO Negeri Johor merangkap Menteri Besar Johor).

Mengikut sejarah, 10 Februari 1946 adalah tarikh sejarah dalam perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan maruahnya. Dato' Onn telah berjaya buat pertama kalinya menyatukan seramai kira-kira 15,000 orang Melayu berarak dan berhimpun di Bandar Penggaram, Batu Pahat bagi menyatakan sikap mereka menentanag Malayan Union. Pada perhimpunan inilah diisytiharkan penubuhan Pertubuhan Melayu Semenanjung Johor, yang kemudian merebak dengan penubuhannya di peringkat negeri dan daerah seluruh Semenanjung Tanah Melayu, diikuti dengan perhimpunan-perhimpunan raksaksa orang-orang Melayu di merata pelusuk Tanah Melayu. Pertubuhan inilah kemudiannya melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) yang ringkasnya dikenali sebagai UMNO. Dan UMNO adalah parti politik utama yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Nikmatnya kita kecapi berterusan hingga kini.

Betapa pentingnya tarikh tersebut kepada perjuangan orang-orang Melayu. Kerana itu, ingatilah tarikh tersebut. Ingatilah tokoh utama dalam dalam peristiwa tersebut. Bayangkan, dia hanya seorang Pegawai Daerah, tetapi auranya semerbak seluruh Tanah Melayu - dapat menundukkan Raja-Raja Melayu dan menggerunkan Inggeris. Yang lebih penting, dia dapat menyaatupadukan oranag-orang Melayu yang pada ketika itu sangat terikat kuat dengan semangat kesukuannya, kedaerahannya dan kenegeriannya.

Kalaulah tidak kerana Dato' Onn ...

Sunday, January 22, 2006

JATI DIRI MELAYU

Satu daripada jati diri Melayu ialah silat. Dalam catatan sejarah, tidak terjumpa ada catatan bahawa Dato' Onn mengamalkan seni silat Melayu yang menjadi teras kepada seni pertahanan diri bangsa sejak zaman berzaman. Yang kita baca dan dengar ialah kejayaannya menghalang Kiayi Salleh Karim yang mengetuai Pasukan Selimpang Merah di Simpang Lima, Batu Pahat untuk menyerang orang-orang komunis Pasukan Bintang Tiga di bandar Batu Pahat. Dato' Onn juga berjaya menemui dan memujuk Pasukan Bintang Tiga di Bukit Pasir untuk berdamai dengan orang-orang Melayu. Apakah rahsianya? Apakah faktor keberaniannya? Apakah strateginya? Kita tidak banyak dapat membongkar maklumat tentang hal ini.

Dalam gambar ini Dato' Onn berpakaian lengkap sebagai seorang pahlawan. Di sebelah kanannya ialah Mior Abdul Rahman, pemimpin dan tok guru Silat Gayung di Malaysia. Apakah peranan Dato' Onn dalam pertubuhan ini? Adakah dia penaung atau penasihat atau apa? Apapun situasinya, jelas dalam diri Dato' Onn terpancar sinar jati dirinya melalui seni mempertahankan diri silat.

Mengapa kita melupai dan meninggalkan seni warisan bangsa ini? Mengapa silat malap dalam area globalisasi ini? Sudah tidak relevan lagikah?

DATO' ONN: DULU, KINI DAN SELAMANYA

Dato' Onn bukan sekadar seorang pemikir yang peka terhadap nasib bangsa dan negaranya, tetapi juga seorang yang bijaksana dengan tindakan yang teratur dan strategik. Dia juga seorang yang berani berasaskan kepada kebenaran, biarpun terpaksa berhadapan dengan risiko yang mengancam dirinya sendiri. Tetapi lebih jauh dari itu, Dato' Onn adalah seorang yang berpandangan futuristik, yang berupaya melihat sesuatu jauh ke hadapan dari zamannya. itulah sebabnya gagasannya membukakan pintu UMNO kepada kaum-kaum lain ditolak oleh orang-orang UMNO, tetapi gagasan itulah yang dianuti oleh UMNO kemudiannya dengan menubuhkan Perikatan dan kini Barisan Nasional. Namun gagasan Dato' Onn lebih jauh lagi dari sekadar menggabungkan parti-parti politik berasaskan kaum seperti yang diamalkan sekarang. Lebih jauh dari itu ...

Sapanjang hayatnya, banyak buah fikiran, gagasan, pandangan dan kritikan Dato' Onn diungkapkan secara nyata. Dia suka berterus terang. Dia tidak suka berselidung-selindung. namun dalam keterbukaannya itu, banyak ruang yang boleh dibugar, dikaji dan diteliti tentang peribadi seorang Dato' Onn supaya apa yang diungkapkan olehnya dapat diterjemahkan dalam pelanb tindakan pembangunan bangsa dan negara.

Sesungguhnya Dato' Onn adalah pejuang dan pemimpin sepanjang zaman. segala idea dan pemikiran yang dicetuskan olehnya terus sesuai dan relevan dengan keperihalan masa lalu, kini dan selamanya. Itulah dato' Onn yang unggul dan unik.